Misi & Visi Sekolah
MISI SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar yang berilmu, berbahasa dan berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan tanahair.
2. Melahirkan pelajar yang komited, dedikasi, bertanggungjawab dan peka kepada perubahan semasa.
3. Melahirkan pelajar yang cemerlang didalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah insan.
4. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan.
VISI SEKOLAH
Membentuk ummah ke arah pembentukkan sahsiah dan akhlak terpuji dalam memartabatkan agama , bangsa dan negara menuju kecemerlangan , kegemilangan & keterbilangan dalam pendidikan.
MOTTO SEKOLAH
SMAT menuju ke arah pengurusan pendidikan yang cemerlang setanding dengan sekolah berasrama penuh yang lain
FALSAFAH SEKOLAH
Sesungguhnya , semua individu muslim mempunyai kebolehan untuk mengembangkan potensi diri secara berterusan , menyeluruh dan bersepadu. Maka , usaha yang bersungguh-sungguh harus digembeling bersama bagi melahirkan muslim yang berpengetahuan tinggi , berketerampilan , bertanggungjawab , berakhlak mulia dan berkeupayaan membina kesejahteraan diri , selaras dengan rukun iman, rukun islam dan prinsip rukun negara.