Latar Belakang Sekolah



Sekolah ini telah ditubuhkan pada 18 Oktober 1988 yang dipelopori oleh Ustaz Hj. Muhammad Nawawi bin Harun selaku Pengerusi, En, Jamil bin Sulaiman selaku Setiausaha dan Ustaz Hj. Amir bin Hj. Kasman selaku Bendahari merangkap Pengerusi Jawatakuasa Tadbir Sekolah (JPS) Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara.

Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor, dengan jumlah pelajar seramai 40 orang. Pelajar-pelajar tesebut terdiri daripada anak-anak tempatan Bandar Taib Andak, Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Penggeli.

Pada tahun 1991, pihak sekolah telah mempunyai bangunan sendiri yang terletak di dalam kawasan Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara. Pembinaan tersebut telah dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kos sebanyak RM 65,000.00 sahaja. Bangunan tersebut hanya terdiri daripada empat buah bilik darjah sahaja dan bangunan ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara pada tahun 1998.

Pada tahun 1995, pihak ahli Jawatankuasa Tadbir Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara telah berjaya mendapatkan sebidang tanah seluas 8 ekar daripada pihak KEJORA di atas nama Majlis Agama Johor diwakafkan kepada Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, sebagaimana berikut :

PTB 1215 - 4 ekar
PTB 1948 - 4 ekar

Sejarah Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara adalah mengikut kronologi yang berikut ;-

1998 - Ditubuhkan oleh sekumpulan masyarakat dengan nama Jawatankuasa Penaja Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara.

1989 - Memulakan operasi dengan menumpang dibangunan Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara (SABBT) dengan murid seramai 43 orang.

1991 - Bangunan baru telah dibina didalam kawasan SABBT dengan kos RM40,000.00 hasil peruntukkan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( Kejora ). Bangunan terdiri daripada 4 buah kelas sahaja.

1992 - Pendaftaran sekolah dengan Jabatan Agama Islam Johor telah diluluskan dengan nombor pendaftaran 24/1992

1996 - Pihak Kejora telah mengurniakan tanah seluar 3.99 ekar untuk membangunankan bangunan baru di lot tapak no. PTB 1215.

1997 - Pembinaan bangunan baru telah dijalankan dengan kos RM432,000.00 hasil sumbangan Japim, Kejora dan orang perseorangan.

1998 - Bangunan siap dan mula digunakan yang terdiri daripada 2 blok bangunan setingkat. Kejora merezabkan tanah seluas 4 ekar untuk tambahan tapak sekolah dengan no. lot PTB 1948.

2005 - Sekolah telah dilengkapi dengan bangunan 2 tingkat 1 blok, 3 tingkat 1 blok yang melibatkan kos hampir RM 2 juta.
HTML Comment Box is loading comments...
Berita Terkini
Loading...
Hak Cipta © 2014 SMABT Hak Cipta Terpelihara